Wednesday, August 18, 2010

Perkhidmatan Bank Perdagangan

Semalam saya pergi ke bank CIMB. Tujuan saya ialah untuk membuka akaun simpanan. Saya difahamkan pihak bank menerima simpanan dalam bentuk akaun simpanan peribadi dan akaun semasa. Akaun simpanan membenarkan penyimpan mengeluarkan wang di mana-mana cawangan. Kebaikan menggunakan akaun tersebut ialah lebih selamat, faedah dibayar atas simpanan dan penyimpan diberi kemudahan ATM. Akaun semasa pula memberi kemudahan menggunakan cek ke atas peniaga. Pihak bank juga ada menyediakan kemudahan akaun simpanan tetap. Akaun ini memerlukan individu menyimpan sejumlah wang untuk suatu tempoh tertentu dan menerima kadar faedah lebih tinggi.
Saya juga terpandang beberapa orang sedang berurusan di kaunter. Melihat kepada perwatakannya, mungkin dia seorang ahli korporat. Saya terdengar mereka sedang membuat arahan tetap iaitu satu perkhidmatan yang membenarkan mereka membayar berterusan pada pemiutang pada tarikh tertentu dan jumlah ditetapkan. Saya juga mengetahui perkhidmatan pembayaran yang disediakan ialah pindahan kredit, pindahan elektronik, telegraf, mel dan draf bank serta cek jurubank.