Thursday, March 3, 2011

Hierarki Keperluan Maslow

Hierarki Keperluan Maslow terdiri daripada,

Keperluan fisiologi ialah keperluan asas dan keperluan keselamatan. Keperluan asas ialah keperluan paling asas yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. Contoh makanan, pakaian, tempat tinggal. Keperluan keselamatan ialah perlindungan daripada ancaman bahaya seperti jenayah, bencana alam.

Keperluan sosial ialah keperluan kasih sayang dan penghargaan. Keperluan kasih sayang ialah keinginan manusia untuk disayangi. Contoh, kasih sayang daripada ibu bapa dan adik-beradik. Keperluan penghargaan ialah mendapat anugerah dan penghormatan daripada seseorang. Contoh, mendapat sijil anugerah pelajar cemerlang.

Keperluan rohani ialah keperluan sempurna kendiri. Keperluan ini bila seseorang memperoleh apa yang dihajati dan di cita-cita. Contoh, mendapat ijazah.

Tuesday, March 1, 2011

Faktor Pengeluaran

Faktor pengeluaran terdiri daripada,

Tanah iaitu sumber alam semulajadi seperti galian, petroleum dan gas asli.

Buruh merupakan usaha manusia dari segi mental dan fizikal. Mereka terdiri daripada buruh mahir seperti jurutera, buruh separuh mahir seperti juruteknik dan buruh tidak mahir.

Modal ialah aset atau sumber kewangan untuk memulakan perniagaan. Contoh aset ialah bangunan dan mesin.

Usahawan ialah peniaga yang menggabungjalinkan semua faktor pengeluaran untuk menjayakan sesuatu perniagaan. Contoh, Encik Ali.

Cita-cita saya

Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. Dari kecil lagi saya sudah berazam untuk menjadi seorang guru.

Jawatan guru amat mulia di sisi masyarakat. Kerjaya mereka ialah mendidik murid sehingga berjaya. Bukan setakat mendidik tetapi menolong murid sehingga berjaya dalam sesuatu bidang. Guru bukan setakat mengajar sahaja tetapi lebih daripada itu.

Untuk menjadi guru kita perlu bersifat sabar. Murid-murid sekarang amat agresif dan seorang guru perlu berhadapan dengan semua ini. Jika kurang sabar semua boleh terjadi. Kesabaran yang tinggi akan menentukan sesuatu kejayaan.

Jika berhadapan dengan murid lemah guru perlu bersabar dengan mereka. Murid perlu dibimbing hingga berjaya. Kejayaan murid amat bermakna untuk guru. Jika murid berjaya, guru juga turut menumpang gembira.